Sdr Izamri Med pada 17 Nov 2015 telah menziarahi Puan Ramlah
di pekan Rembau dan menghulurkan sumbangan makanan. Mempunyai 7 orang anak dan
3 orang cucu yang tinggal bersama. Seorang anaknya bekerja di sebuah kilang di
Melaka. Mereka yang ingin menghulurkan bantuan melalui Jabatan Amal Rembau sila
hubungi Izamri 0136894223, melalui whatsapp sahaja. Sumbangan juga boleh
disalurkan terus ke akaun Bank Islam, PAS Kawasan Rembau, No akaun
05012010073347.
PAS DUN KOTA
Rabu, 18 November 2015
Selasa, 17 November 2015
Sekolah kampung lebih cemerlang dari sekolah bandar di N.Sembilan
Sekolah kampung lebih cemerlang dari sekolah bandar di
N.Sembilan
Lepas ni ramailah ibu bapa akan hantar anak sekolah di
kampung, terutamanya di Rembau. Kenapa? Adakah sekolah di bandar banyak masalah
sosial? Ibu bapa di bandar macam-macam ragam dengan guru? Nazir terlalu kerap
memantau sekolah bandar? Bilangan murid terlalu padat untuk setiap kelas di
bandar?
**********************
1,806 calon NS peroleh 5A, 7A
SEREMBAN 17 Nov. 2015 - Seramai 1,806 orang atau 10.5
peratus calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi semua
jenis sekolah di Negeri Sembilan memperoleh keputusan penuh 5A atau 7A
sebagaimana yang diumumkan pada hari ini.
Dalam pencapaian peringkat daerah pula, menunjukkan daerah
Rembau, Gred Purata terbaik apabila memperoleh 2.05 berbanding 2.10 pada tahun
lalu.
Sementara itu 10 sekolah yang mencapai keputusan cemerlang
di Negeri Sembilan adalah SMK Batu Kikir (Model Khas - ada penempatan pelajar
sekolah rendah di SMK ini); SK Pulapah (Jempol); SK Kampung Batu (Rembau); SK
Seremban 2A; SJK(C) Kg. Baru Gedok; SK Kuala Kepis; SK Puteri; SK Rembang
Panas; SJK(T) Ladang Sungai Kelamah dan SK Sungai Dua Kuala Pilah.
Isnin, 16 November 2015
Jabatan Amal Rembau terus berbakti bantu keluarga yang memerlukan
Jabatan Amal Rembau meneruskan program sumbangan membantu
keluarga yang memerlukan sekitar Rembau pada 16 November 2015. Sdr Izamri Med
selaku Komandan Jabatan Amal Rembau dan Tn Hj Ishak Omar selaku Pengarah PAS
DUN Kota telah menghulurkan sumbangan bantuan kepada beberapa keluarga di Kg
Batang Nyamor, Rumah Rakyat Astana Raja, Kg Bintongan dan Kg Pulau Besar.
Sabtu, 14 November 2015
Sumbangan daripada mereka yang mampu kepada yang mereka yang kurang berkemampuan
Sdr Izamri Med dan Hj Ishak Hj Omar
mengiringi Komuniti Surau dari Seremban menghulurkan sumbangan kepada
beberapa keluarga yang memerlukan sekitar Rembau pada 14 Nov 2015.
Kursus Solat musim cuti sekolah di kampung yang tenang, nyaman
Kursus Solat musim cuti sekolah dalam
kawasan kampung yang tenang dan nyaman di Rembau. Tempat terhad.
Yuran RM20. Hubungi Us Nazri 0196823159
Sabtu, 7 November 2015
Selasa, 3 November 2015
Gaji bulanan Menteri Besar dan Ketua Menteri
Gaji bulanan Menteri Besar dan Ketua Menteri di setiap
negeri seperti berikut:-
Sumber: Enakmen dan Ordinan Anggota-Anggota Pentadbiran dan
Dewan Perundangan (Pendapatan) 2010
Sabah = RM 14,300
Kedah = RM 14,175.15
Melaka = RM 14,175.15
Negeri Sembilan = RM 14,175.15
Pahang = RM 14,175.15
Pulau Pinang = RM 14,175.15
Perak = RM 14,175.15
Selangor = RM 14,175.15
Terengganu = RM 14,175.15
Perlis = RM 14,175.15
Johor = RM 13,975.50
Sarawak = RM 13,000
Kelantan = RM10,200
Isnin, 2 November 2015
Sumbangan Khas Aktiviti DHPP
PAS Kawasan Rembau memerlukan sumbangan untuk aktiviti DHPP
(Dewan Himpunan Penyokong PAS). Barangan yang diperlukan ialah beras 5kg,
tepung gandum, minyak masak dan gula pasir dianggarkan kos RM30 untuk satu pek
sumbangan.
Sasaran ialah 40 pek sumbangan sebelum 8 Nov 2015.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam, PAS Kawasan
Rembau 05012010073347 atau hubungi Tn Hj Hassan 0192171942 (YDP PAS Rembau)
Langgan:
Catatan (Atom)
















