PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Rabu, 29 Julai 2015

Mohon sumbangan wakaf van atau 4x4 PAS N.Sembilan



Wakaf untuk membeli van atau kenderaan pacuan 4 roda untuk kegunaan bahagian penerangan PAS N.Sembilan yang akan dilengkapi sistem siaraya dan wifi. Sudah terkumpul sekitar RM10,00, sumbangan masih diperlukan dan dialu-alukan.

Duit sumbangan boleh serah kepada Ust Khairi 0196500927

Atau masukkan ke akaun berikut ;
CIMB 7605012025
Maybank 155015202212

Sila hubungi Ust Khairi 0196500927 setelah duit dimasukkan ke dalam akaun melalui Whatsapp atau SMS dengan menyatakan jumlah dan untuk tujuan apa.

Mereka yang ingin mewakafkan van atau pacuan 4 roda terpakai adalah amat dialu-alukan.

Sabtu, 25 Julai 2015

Jumaat, 24 Julai 2015

JOM SERTAI IBADAH KORBAN 1436 PAS DUN KOTA



JOM SERTAI IBADAH KORBAN 1436 PAS DUN KOTA
- Satu bahagian lembu Cuma RM550 sahaja
- Tarikh tutup penyertaan 15 Sept 2015
- Deposit hanya RM100
Untuk penyertaan sila hubungi :
- Hj Ishak Omar 012-3494041
- Hj Rozmal Malakan 012-2267406 





Isnin, 20 Julai 2015

PAS DUN Kota adakan majlis jamuan raya di rumah keluarga kurang berkemampuan



PAS DUN Kota akan mengadakan majlis jamuan raya pada Sabtu ini 25 Julai 2015 di Kg Semerbok, Rembau di salah sebuah rumah penerima sumbangan Ramadhan baru-baru.

PAS DUN Kota memilih lokasi ini bagi meraikan mereka yang tidak berkemampuan disamping mengeratkan silaturrahim antara ahli PAS dan masyarakat setempat.

Orang ramai adalah dijemput hadir ke majlis ini antara jam 10 pagi ke 2 petang.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pengarah PAS DUN Kota, Tn Hj Ishak Omar 0123494041




Sabtu, 11 Julai 2015

Agihan Sumbangan Ramadhan sekitar DUN Kota

Agihan Sumbangan Ramadhan sekitar DUN Kota pada 11 Julai 2015 antaranya di Kg Chengkau Ulu yang dihadiri oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau Sdr Hassan Tamby dan Puan Norwani, Ketua Muslimat PAS Kawasan Rembau.



Sekitar sambutan Majlis Berbuka Puasa PAS Kawasan Rembau

Sekitar sambutan Majlis Berbuka Puasa PAS Kawasan Rembau di Teratak Amal, Sg Layang pada 11 Julai 2015





Lagi lori treler berat lalu jalan Lubok China – Kota, Rembau

Penduduk kampung mengadu lagi, banyak lori treler berat melalui jalan ini terutama pada hujung minggu. Sampai bila penduduk kampung di sini boleh bersabar? Gambar-gambar ini di rakam sekitar jam 4:24 petang Sabtu 11 Julai 2015




Nenek ini tinggal di Kg Padang, Astana Raja, Kota, Rembau.


Nenek ini tinggal bersama dengan 3 cucunya yang masih bersekolah. 2 orang sekolah menengah dan seorang sekolah rendah. Nenek ini begitu uzur tidak upaya menguruskan diri sendiri. Dia memerlukan lampin pakai buang. Ketiga-tiga cucunya kematian ibu. Keluarga ini mendapat bantuan JKM sebanyak RM 400 setahun untuk persekolahan cucunya.

Khamis, 9 Julai 2015

Apabila manusia tamak




Lori ini mungkin lebih muatan menurut pengirim gambar melalui jalan Lubok China ke pekan Kota, Rembau pada jam 3.50 ptg Khamis 9 Julai 2015 di Kg Bukit Keledang, Kota. Jalan sekitar sini selalu rosak kemungkinan ianya laluan lori-lori yang lebih muatan.

Kesian mereka di Kuantan dengan bencana lori-lori bauksit yang bukan sahaja membahayakan pengguna jalanraya malahan merosakkan alam sekitar.

Apabila manusia tamak, semua rosak.

Kita perlu bangkit, jangan jadi bisu dan pekak.

Jangan biarkan kita dilanyak oleh mereka yang tamak lagi riak.

Ahad, 5 Julai 2015

Sabtu, 4 Julai 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA PAS REMBAU

MAJLIS BERBUKA PUASA PAS REMBAU
Tarikh : 11 Julai 2015 / 24 Ramadhan 1436
Tempat : Teratak Amal, Sg Layang, Rembau

Semua Dijemput Hadir

Aturcara :
- Berbuka Puasa
- Jamuan
- Solat Maghrib
- Tazkirah
- Solat Isya
- Solat Tarawih/Witr
- Bersurai


Sumbangan Ramadhan PAS DUN Kota 4 Julai 2015

Pada 4 Julai 2015 PAS DUN Kota telah mengagihkan sumbangan Ramadhan di Kg Relong, Kg Nerasau, dan Kg Sawah Raja. Terima kasih kepada mereka yang memberi sumbangan.




Jumaat, 3 Julai 2015

Kuliah Dhuha Muslimat dan Agihan Sumbangan Ramadhan

Kuliah Dhuha Muslimat dan Agihan Sumbangan Ramadhan oleh PAS DUN Kota serta Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau di Surau Kg Perigi Batu, Penajih pada Sabtu 4 Julai 2015.