Nenek ini tinggal bersama dengan 3
cucunya yang masih bersekolah. 2 orang sekolah menengah dan seorang
sekolah rendah. Nenek ini begitu uzur tidak upaya menguruskan diri
sendiri. Dia memerlukan lampin pakai buang. Ketiga-tiga cucunya
kematian ibu. Keluarga ini mendapat bantuan JKM sebanyak RM 400
setahun untuk persekolahan cucunya.
PAS DUN KOTA
Sabtu, 11 Julai 2015
Khamis, 9 Julai 2015
Apabila manusia tamak
Lori ini mungkin lebih muatan menurut pengirim gambar
melalui jalan Lubok China ke pekan Kota, Rembau pada jam 3.50 ptg Khamis 9
Julai 2015 di Kg Bukit Keledang, Kota. Jalan sekitar sini selalu rosak
kemungkinan ianya laluan lori-lori yang lebih muatan.
Kesian mereka di Kuantan dengan bencana lori-lori bauksit
yang bukan sahaja membahayakan pengguna jalanraya malahan merosakkan alam
sekitar.
Apabila manusia tamak, semua rosak.
Kita perlu bangkit, jangan jadi bisu dan pekak.
Jangan biarkan kita dilanyak oleh mereka yang tamak lagi
riak.
Ahad, 5 Julai 2015
Sabtu, 4 Julai 2015
MAJLIS BERBUKA PUASA PAS REMBAU
MAJLIS BERBUKA PUASA PAS REMBAU
Tarikh : 11 Julai 2015 / 24 Ramadhan
1436
Tempat : Teratak Amal, Sg Layang,
Rembau
Semua Dijemput Hadir
Aturcara :
- Berbuka Puasa
- Jamuan
- Solat Maghrib
- Tazkirah
- Solat Isya
- Solat Tarawih/Witr
- Bersurai
Sumbangan Ramadhan PAS DUN Kota 4 Julai 2015
Pada 4 Julai 2015 PAS DUN Kota telah
mengagihkan sumbangan Ramadhan di Kg Relong, Kg Nerasau, dan Kg Sawah
Raja. Terima kasih kepada mereka yang memberi sumbangan.
Jumaat, 3 Julai 2015
Kuliah Dhuha Muslimat dan Agihan Sumbangan Ramadhan
Kuliah Dhuha Muslimat dan Agihan
Sumbangan Ramadhan oleh PAS DUN Kota serta Dewan Muslimat PAS Kawasan
Rembau di Surau Kg Perigi Batu, Penajih pada Sabtu 4 Julai 2015.
Ahad, 28 Jun 2015
Bantu baiki pintu rumah penduduk PPR Legong Ulu
Ketika Pengarah PAS DUN Kota, Tuan Hj
Ishak Omar mengagihkan sumbangan Ramadhan pada 27 Jun 2015 di
penempatan penduduk termiskin sekitar Kg Legong Ulu, Rembau, terlihat
keadaan rumah salah seorang penghuni yang agak daif dimana pintu
dapurnya sudah pun roboh.
InsyaALLAH , PAS DUN Kota akan membantu
keluarga ini menukar pintu rumah tersebut.
"Eratkan Ukhuwwah, Menuju
Kejayaan"
Sabtu, 27 Jun 2015
Agihan sumbangan Ramadhan pada 27 Jun 2015
Agihan sumbangan Ramadhan pada 27 Jun
2015 oleh petugas PAS DUN Kota, Hj Ishak, Hj Nasir, Sdr Izamri dan
Sdr Azmil di Kg Bintongan, Kg Selemak, Kg Legong Ulu, PPR Legong, Kg
Gadong.
Jumaat, 26 Jun 2015
Rabu, 24 Jun 2015
TAQWIM RAMADHAN PAS REMBAU
TAQWIM RAMADHAN PAS REMBAU
* Rabu 24 Jun, Iftar PAS Cawangan Tmn Pinggiran Senawang
* Khamis 25 Jun, Iftar PAS Cawangan Bandar Seremban Selatan
* Sabtu 27 Jun, 1 tgh, Edaran Sumbangan Dapur Ramadhan,
kumpul di Masjid Pekan Kota
* Sabtu 27 Jun, Iftar PAS DUN Kota
* Jumaat 3 Julai, Iftar di PASTI Hikmah, Tmn Tuanku Jaafar
* Sabtu 4 Julai, Iftar PASTI, Pemuda dan Muslimat Rembau di
PASTI Apt Seroja
* Isnin 6 Julai, Iftar dan Jualan Amal Nasi Ayam DUN Paroi
di PASTI Hikmah, Tmn Tuanku Jaafar
* Selasa 7 Julai, Iftar dan Jualan Amal Nasi Ayam DUN Paroi
di Pusat Khidmat Tmn Tasik Jaya
* Rabu 8 Julai, Iftar dan Jualan Amal Nasi Ayam DUN Paroi di
PASTI Amal, Tmn Marida
* Sabtu 11 Julai, Iftar Perdana PAS Rembau dan Dewan Ulamak
di Teratak Amal, Kg Sg Layang, Rembau
* Sabtu 11 Julai , Iktikaf Perdana Pemuda, PAS Rembau dan
Dewan Ulamak di Masjid Jamek An Nur, pekan Rembau
* Ahad 12 Julai, Iftar DMPKR di Dewan Aspirasi, Lavender
Height
Sabtu, 20 Jun 2015
Tiada mesin ATM di DUN Kota, Rembau, N.Sembilan
Beberapa penduduk di DUN Kota, Rembau,
Negeri Sembilan menyatakan kesusahan untuk mereka mengeluarkan wang
melalui Mesin Pengeluaran Wang Automatik atau ATM kerana tidak
terdapat sebarang mesin ATM di sekitar ini. Penduduk di sini samada
perlu pergi ke pekan Rembau, pekan Tampin atau pekan Lubok China,
Melaka untuk mendapatkan wang melalui ATM.
Walau pun pekan Kota terletak di laluan
utama Seremban ke selatan seperti Melaka, Tampin, Gemas dan Gemencheh
namun ketiadaan mesin ATM amat mengecewakan penduduk di sini
sedangkan Kota ini adalah antara tempat yang paling awal diterokai
dalam sejarah Negeri Sembilan.
Perancangan PAS DUN Kota
InsyaALLAH PAS di DUN Kota, N.Sembilan
hanya akan memberi tumpuan dalam perkara di bawah ini, tidak kepada
persiapan pilihanraya ;
a. Tarbiah
b. Dakwah
c. Kebajikan
d. Memperkasakan PASTI
e. Mengetengah dan menyelesaikan
masalah rakyat setempat
Program Sumbangan Infaq Ramadhan
Penerangan Program Sumbangan Infaq
Ramadhan oleh Ustaz Abdul Hadi Md Isa di Surau Kg Perigi Batu,
Penajih, Rembau selepas solat tarawih pada 18 Jun 2015.
Ahad, 14 Jun 2015
Status Hospital Rembau
Atas permintaan penduduk, Pemuda PAS
Rembau cuba menyiasat status pembinaan Hospital Rembau yang telah
dimulakan dari 9 September 2013 dan dijangka siap pada 8 September
2016. Dari tinjauan kami di tapak projek, hanya kelihatan beberapa
blok bangunan, tapak konkrit bercerucuk serta sebilangan kecil
jentera yang tidak bergerak. Apakah punca sebenar Hospital Rembau
lewat disiapkan?
Daripada papan tanda yang dipaparkan di
hadapan tapak projek, SEIE Engineering Sdn Bhd dilantik sebagai
kontraktor utama. Kami terus membuat semakan di Suruhanjaya Sekuriti
Malaysia (SSM). Kami mendapat tahu syarikat tersebut dan
pengarah-pengarahnya telah dibicarakan di Mahkamah Kemaman dan
disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 165 (4) Akta Syarikat
1965 kerana tidak menyerahkan Penyata Tahunan bagi tahun 2012, 2013 &
2014 kepada SSM.
Syarikat yang berpengkalan di Kemaman,
Terengganu itu bermula dari syarikat pemasangan sistem elektrik untuk
projek infrastruktur awam dan kontraktor sistem elektrik dan
instrumen projek minyak dan gas. Hasil dari carian maklumat tender
JKR, kami mendapati pengalaman syarikat dalam membina bangunan
hospital hanya terhad kepada pembinaan Klinik Kesihatan Bahau dan
Klinik Kesihatan Tanjung Kling, Melaka yang kedua-duanya bernilai RM
21.5 juta.
Yang menjadi persoalan kepada kami
bagaimana kerajaan boleh terlepas pandang dengan latar belakang
syarikat yang kurang berpengalaman dalam industri kesihatan malah
gagal dalam disiplin kewangan? Jawapannya mungkin ada pada Menteri
Kesihatan, Menteri Besar atau mungkin pada Pengarah syarikat,
Shahabudin bin Maideen. Beliau pernah dilantik sebagai AJK UMNO
Bahagian Kemaman.
Kami mohon YAB Menteri Besar
perjelaskan status terkini Hospital Rembau, dan apakah usaha kerajaan
untuk mempercepatkan urusan pembinaannya. Diharap urusan
pesakit-pesakit di daerah Rembau dari kalangan warga tua, wanita,
lelaki dan kanak-kanak dipermudahkan. Tidak perlu lagi ke Hospital
Tuanku Jaafar, Seremban yang padat atau berulang ke Hospital Tampin.
Kami masih menanti. Mereka juga
menanti.
Rabu, 10 Jun 2015
KHIDMAT RAWATAN ALTERNATIF PERCUMA
KHIDMAT RAWATAN ALTERNATIF PERCUMA
Tarikh : 14 Jun 2015 (Ahad)
Tempat : Pusat Khidmat DUN Chembong, Kg Mulia, Rembau
Oleh : Ustaz Abd Hadi Md Isa
Masa : 8.30 pagi - 12 tgh
Semua dijemput hadir
Isnin, 8 Jun 2015
Gotong Royong Membersih Tanah Perkuburan
Gotong Royong Membersih Tanah
Perkuburan
Di Tanah Perkuburan Kg Penajis, Rembau
Pada hari Ahad 14 Jun 2015
Bermula jam 8 pagi
Semua dijemput hadir
Sekitar Program Gotong Royong di DUN Kota
Sekitar program gotong royong membersih surau dan tanah perkuburan di Kg Tiga Nenek dan Kg Pulau Besar pada 6 dan 7 Jun 2015
Sains umum kenaikan tarif air
Kenaikan tarif air untuk komersial dan
industri secara tidak langsung akan meningkatkan kos operasi yang
akan menyebabkan kenaikan kos perkhidmatan dan harga barangan yang
akan ditanggung oleh pengguna atau rakyat.
Sains umum
kenaikan tarif air
9 Jun 2015
REMBAU 8 Jun - Berkuat kuasa 1 Mei
lalu, kadar tarif air bagi kegunaan untuk komersial, industri telah
dinaikkan antara 35 sen hingga RM1.10 dan kadar rata sebanyak 40 sen
bagi bangunan kerajaan di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan
menjelaskan, bagi jenis pengunaan perdagangan dan perindustrian kadar
baharu yang dikenakan bagi penggunaan air dari sifar hingga 35 meter
padu adalah sebanyak RM1.85 berbanding tarif lama sebanyak RM1.50.
Sementara itu, bagi penggunaan melebihi
35 meter padu pula dikenakan sebanyak RM2.70 berbanding tarif lama
sebanyak RM1.60.
“Bagi bangunan kerajaan, institusi
kerajaan, institusi berkanun dan bangunan badan berkanun pula, kadar
baharu yang dikenakan adalah sebanyak RM1.40 berbanding kadar lama
sebanyak 60 sen.
Beliau berkata demikian selepas Majlis
Merasmikan Jajaran Baru Bekalan Air dari Loji Rawatan Air Sawah Raja
ke Rembau dan Penyampaian Sumbangan Sempena Sambutan Ramadan di
Astana Raja dekat sini hari ini.
Mohamad juga pada masa sama menegaskan
tidak ada kenaikan tarif bagi pengguna domestik yang merupakan 70
peratus daripada lebih 288,000 pengguna di negeri ini selain
mengumumkan penamatan pengambilan air terawat sebanyak dua juta gelen
sehari dari Melaka sejak 1 Mei lalu.
Jumaat, 5 Jun 2015
Rabu, 3 Jun 2015
Ahad, 31 Mei 2015
Program ziarah JPRD Kota pada 31 Mei 2015
Program ziarah JPRD Kota pada 31 Mei
2015 mengunjungi Tn Hj Baharudin Ali dan Tn Hj Shamsudin Dewa.
Kedua-dua mereka veteran PAS dan bekas calon DUN Kota dalam beberapa
pilianraya umum pada tahun 80an dan 90an.
Selepas ziarah diadakan sesi minum
petang dan sesi perbincangan JPRD Kota bersama petugas di Markas PAS
Pekan Kota, sebelah Pejabat Pos. Antara perkara yang dibincangkan
ialah Program Infaq Ramadhan, Gotong Royong, program semasa dan
program bersama masyarakat.
Langgan:
Catatan (Atom)

















































