PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Rabu, 7 Januari 2015

BANJIR DI REMBAU 7 Jan 2015




Kg Semerbok di Rembau dilanda banjir pada Rabu 7 Januari 2015 sekitar jam 5 ptg. Mungkin SKMM boleh siasat kesahihan berita ini.

SAINS akan catu air di Tampin, Rembau



SAINS akan catu air di Tampin, Rembau
7 Jan 2015

SEREMBAN: Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) akan mengadakan catuan air di daerah Tampin dan Rembau, mulai Isnin ini.

Pengarahnya, Wan Rasdi Wan Ismail, berkata catuan itu akan dilakukan sehingga 30 Januari ini terhadap 14,358 akaun membabitkan seramai 57,432 pengguna.

Katanya, catuan itu perlu dibuat kerana paras air di Empangan Gemencheh, terus mengalami penurunan dengan bacaan semalam 95.4 meter berbanding paras kritikal 95 meter.

"Hujan sebelum ini hanya menaikkan paras air sebanyak satu meter sahaja. Malah, kawasan empangan itu sebenarnya tidak menerima hujan yang banyak berbanding di kawasan lain," katanya selepas melepaskan Misi Bantuan Banjir Pantai Timur di Ibu Pejabat SAINS Seremban 2 di sini, sebentar tadi.

Wan Rasdi berkata, catuan akan dibuat secara bergilir selama 24 jam bagi kedua-dua daerah itu, bermula 10 pagi dan secara keseluruhan, setiap daerah hanya mengalami gangguan bekalan selama lapan hari sahaja kerana catuan tidak dibuat ketika cuti umum dan hujung minggu.

Ahad, 4 Januari 2015

Pendaftaran pelajar PASTI Al-Amin



Pendaftaran pelajar PASTI Al-Amin, Kg. Pulau Bukit Chengkau, Rembau untuk tahun 2015 kini dibuka. Sila hubungi Cikgu Anita 019-232 2357

Isnin, 22 Disember 2014

Eropah Bukti Sejarah Parang Rembau dalam catatan sejarah Eropah



The arms manufactured by the Bugis are in great repute among the Malays ; also those made at Menangkabowe, particularly the matchlocks and swords ; and those of Rumbowe in the Peninsula. Rumbowe is celebrated for a particular sort of kris, called " GULOH RUMBOWE (GOLOK REMBAU)."

The Malays of Malacca ascribe the introduc tion of the kris to the celebrated Hong Tuah, who flourished in the reign of Mansur Shah, Sultan of " At Menancabo excellent poniards made, called creeses ; best weapons of all the Orient." (Argensola, 1609.) http://www.vikingsword.com/vb/printthread.php?t=8013

PARANG HASIL SENI ANAK REMBAU MASA KINI 




Cantik, menawan, halus, tajam. Amat sesuai untuk kerja menyembelih, melapah dan menyiang.

Siapa sangka parang dan pisau ini ialah hasil tangan anak Rembau di Kg Penajis. Kg. Penajis ialah tempat pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama Raja Melewar pada tahun 1777.

Berminat untuk memiliki Parang/Pisau Rembau ini? Hubungi Firdaus 0136649090

Rabu, 17 Disember 2014

CERAMAH BULANAN




CERAMAH BULANAN
Penceramah : Ustaz Mohd Fuad Othman
Hari : Sabtu 20 Disember 2014
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Surau Darul Hikmah, Kg Chenong, Chengkau, Rembau

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Isnin, 1 Disember 2014

USRAH MTD KOTA




USRAH MTD KOTA
Tarikh : 6 Dis 2104, Sabtu
Masa : Selepas Maghrib
Tempat :  Chengkau, Rembau
Anjuran PAS DUN Kota