PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Jumaat, 23 Ogos 2013

Dipukau pasangan Arab




23 Ogos 2013

REMBAU – Seorang peniaga mengalami kerugian lebih RM300 selepas dia dipukau oleh pasangan Arab di premis perniagaannya di Pekan Kota, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 6.50 petang itu, mangsa, Chew Yin, 39, berada seorang diri di dalam kedai dan didatangi pasangan Arab yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota Camry yang ingin membeli air minuman di kedainya.

Suami mangsa, Tee Ah Beng, 50, berkata, isterinya itu pada mulanya menyedari pasangan Arab berkenaan membelek-belek air dan makanan di dalam kedai, namun mula tidak sedarkan diri selepas salah seorang pasangan berkenaan menyerahkan RM4 dan berbual dengannya.

Menurutnya, pasangan Arab berkenaan seolah-olah bercakap sesuatu dengan isterinya sewaktu dia ingin memulangkan wang baki.

"Bermula dari situ, isteri saya dipukau dan apabila sedar, wang tunai jualan berjumlah lebih RM300 sudah lesap.

 "Pasangan Arab ini hanya mengambil wang sahaja dan imej mereka berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kedai," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, dekat sini, semalam.

Selasa, 20 Ogos 2013

Kelas Ibtidai' , I'dadi dan Tahfiz di Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim




Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim di Rembau kini menawarkan tiga kelas untuk pengajian pelajar pelbagai peringkat, iaitu :

1. Kelas Ibtidai' : Khusus untuk pelajar yang baru mula mengenal pengajian Islam
2. Kelas I'dadi : Khusus untuk pelajar yang baru mula melanjutkan pengajian agama dengan menggunakan Bahasa Arab
3. Kelas Tahfiz : Khusus untuk pelajar yang ingin menghafal al-Quran

Tempat adalah terhad
Tenaga pengajar yang berkelayakan

Untuk pendaftaran sila hubungi :
Ustaz Khairuddin 012-3752240
Ustaz Faizal 013-2300595
Ustaz Afiq 017-2138006

Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim,
Kampung Bongek Acheh,
71300 Rembau.
Fax : 06-6858468

Khamis, 15 Ogos 2013

PAS DUN Kota tidak akan adakan Rumah Terbuka Hari Raya

Sebagai tanda simpati, sedih dan berkabung atas syahidnya begitu ramai rakyat Mesir yang ingin menegakkan dan mempertahankan keadilan maka PAS DUN Kota (Parlimen Rembau) tidak akan mengadakan Jamuan Hari Raya atau Rumah Terbuka pada tahun ini 1434H/2013M.

Sehubungan dengan itu peruntukan untuk Rumah Terbuka tersebut akan disalurkan ke agensi bantuan kemanusiaan untuk rakyat Mesir dan Syria yang dizalimi dan tertindas.

Izamri bin Med
Pengarah MTD PAS DUN Kota

Ahad, 28 Julai 2013

PAS Rembau sokong usaha pulihara tempat bersejarah




29 Julai 2013 – PAS Rembau menyokong sebarang usaha untuk memulihara beberapa tempat bersejarah yang terbiar di negeri ini. Sebelum ini PAS DUN Kota telah mengadakan gotong royong di makam Dato Lela Balang dan Dato Bungkal di Kg Kota Lama.

Baru-baru ini sebuah syarikat tempatan dari Rembau telah bermurah hati untuk membangunkan semula makam Dato Bungkal di Kg Kota Lama. Dato Bungkal binti Tok Batin Sekudai adalah merupakan bonda kepada Undang Rembau yang pertama iaitu Dato Seri Rama.

Adalah diharapkan lebih ramai lagi pihak, individu dan syarikat tempatan bersama memulihara tempat bersejarah di negeri ini.


Laporan usaha pemuliharaan tempat bersejarah di Rembau oleh PAS DUN Kota di

Selasa, 9 Julai 2013

Program Ramadhan 1434 H Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim, Rembau


TAZKIRAH PERDANA RAMADHAN (sebelum Solat Witir)

i) 13 Julai 2013 (Sabtu), Ustaz Saifudin bin Mulop
ii) 20 Julai 2013 (Sabtu),  Ustaz Sharoizi
iii) 27 Julai 2013 (Sabtu), Ustaz Alimi
iv) 3 Ogos 2013 (Sabtu), Ustaz Shukor

PROGRAM BERBUKA PUASA PERDANA : Majlis ini akan diadakan pada 11 Ramadhan 1434 bersamaan 20 Julai 2013 iaitu hari Sabtu malam Ahad. Sumbangan orang-ramai diharapkan untuk menjayakan majlis pada kali ini.

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN DAN SAGUHATI RAMADHAN: Majlis ini akan diadakan seperti biasa pada setiap tahun berdasarkan kutipan Ramadhan yang diperolehi. Jika dana yang diperolehi mencukupi, insya-Allah majlis ini akan diadakan pada 1 Ogos 2013 bersamaan 23 Ramadhan 1434 (hari Khamis malam Jumaat).