Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya anjuran NGO-NGO
Islam Malaysia akan diadakan seperti maklumat berikut:
Tarikh: 4 Disember 2016
Hari: Ahad
Masa: 8.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat: Stadium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Himpunan ini bertujuan untuk menunjukkan solidariti rakyat
Malaysia bersama dengan umat Islam Rohingya yang sedang dibunuh dan dihalau
secara zalim dari tanah air mereka.
Himpunan ini juga akan mengumpulkan NGO-NGO serta
tokoh-tokoh politik, masyarakat dan negara. Antara tokoh yang akan bersama
dalam himpunan ini ialah YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib
Pengerusi Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang turut diberi penghormatan untuk
menyampaikan ucapan dan pandangannya bagi menangani isu Rohingya.
Tokoh-tokoh agamawan seperti para mufti, kadi, imam dan para
pendakwah turut akan hadir bagi menyatakan kebersamaan dengan derita Rohingya.
Selain mereka juga akan memimpin solat hajat dan munajat.
Marilah kita sama-sama menjayakan Himpunan Solidariti Ummah
untuk Rohingya ini dengan turut hadir berhimpun sebagai tanda kebersamaan kita
dengan saudara Islam yang sedang bergelut menyelamatkan maruah hidup mereka
dalam dunia yang gelap hitam kerana dizalimi rejim yang kejam.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS - HARAKAHDAILY 30/11/2016