Rembau 16 Okt 2014 – Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Tuan
Hj Mohamad Taufek bin Abd Ghani hari ini telah melakukan lawatan ke tapak
pembinaan Sekolah Tahfiz Arabic Al-Gontory di Chengkau, Rembau.
Beliau amat kagum dengan kesungguhan para pengasas sekolah
tahfiz ini yang membina sekolah tahfiz tersebut sedikit demi sedikit bergantung
sepenuhnya hasil sumbangan orang ramai dan hasil titik peluh kakitangan sekolah
berkenaan.
Pembinaan sekolah tahfiz ini telah bermula pada bulan
September 2014 yang lalu. Sekolah tahfiz ini terletak di atas tanah seluas 1.3
ekar tepi Jalan Chengkau-Pulau Mampat hasil , kini diperingkat pembinaan
tingkat bawah sekolah.
Sekolah ini masih memerlukan sumbangan orang ramai untuk
menyiapkan tingkat atas bangunan sekolah ini. Sekolah tahfiz ini juga
beroperasi di Tahfiz Arabic Al-Gontory, Pusat Niaga Astana Alam 3, Bandar
Puncak Alam, Kuala Selangor.
Sehubungan dengan itu Tuan Hj Mohamad Taufek menyeru kepada
umat Islam agar dapat membantu dalam pembinaan sekolah tahfiz ini yang
memerlukan sekitar RM150,000 untuk menyiapkan bangunan sekolah tahfiz ini.
Mereka yang ingin menyumbang bolehlah disalurkan ke akaun
berikut :
No Akaun : 562843505815
Nama Akaun : TARB ALGONTORY RESOURCES
Bank : Maybank
Atau hubungi Ustaz Septian 0132646001 , Tn Hj Rozmal
0122267406
Maklumat lanjut sekolah tahfiz ini boleh didapati di