Tidak boleh. Ibadah korban adalah untuk mereka yang masih
hidup, akan tetapi pahala ibadah korban tersebut boleh kita niatkan untuk
disedekahkan pahalanya untuk mereka yang telah meninggal dunia seperti untuk
arwah ayah dan sebagainya. (Ustaz Dato Arshad Abd Samad)
PROGRAM KORBAN PERDANA DUN KOTA (REMBAU)
PAS DUN Kota akan mengadakan Program Ibadah Korban Perdana
1435 H.
Mereka yang ingin mengambil bahagian dalam program ini kos
untuk sebahagian daging korban lembu termasuk kos pengurusan ialah RM450.
Agihan daging korban ini boleh dibuat sendiri oleh peserta
korban atau diserahkan kepada pihak penganjur untuk diagihkan kepada penduduk
kampung serta penduduk di kawasan perumahan kos rendah serta kawasan perumahan
rakyat termiskin di sekitar Rembau.
Buat masa ini pihak penganjur hanya menghadkan 5 ekor lembu.
Sekiranya permintaan menggalakkan bilangan haiwan korban ini akan ditambah
lagi.
Kepada mereka yang ingin menyertai ibadah korban ini sila
hubungi Penasihat Program Hj Rozmal bin Malakan Tel/SMS/Whatsapp 012-2267406