PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Rabu, 21 Februari 2018

Prihatin masyarakat

Pada 21 Februari 2018 Hj Ishak Omar bersama Sdr Izamri Med dan Puan Hjh Azamah Awang berkesempatan menyantuni golongan asnaf serta warga emas di Kg Chenong, Kg Pulau Besar juga Kg Pulau Acheh, Rembau.

"Sejahtera Bersama Islam"




Selasa, 21 November 2017

Misi membantu mereka yang memerlukan sekitar Parlimen Rembau



Misi membantu mereka yang memerlukan sekitar Parlimen Rembau diteruskan pada 20 November 2017 oleh Tn Hj Ishak Omar bersama petugas lain dengan mengagihkan sumbangan barangan keperluan dapur sekitar Kg Batu Hampar, Kg Chenong, Chengkau, Kg Semerbok dan Kg Padang, Astana Raja.






Ahad, 19 November 2017

Khamis, 16 November 2017

Program tukar minyak hitam motosikal



Program tukar minyak hitam motosikal dan mentol lampu motosikal secara percuma anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah berjalan dengan lancarnya di Bengkel Faiz di Kg Batang Nyamor, Rembau pada 16 November 2017. Sebanyak 15 buah motosikal telah mendapat perkhidmatan percuma tersebut. Disamping itu pihak Yayasan Amal juga telah memberi sumbangan 10 tiub tayar, 10 botol minyak hitam, 10 palam pencucuh dan 20 mentol lampu kepada Faiz untuk dia memajukan lagi bengkel motosikalnya. Mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan membaiki motosikal boleh menghubungi Faiz 0172594869

"Beramal kerana Allah"




Misi membantu beberapa keluarga yang memerlukan

Misi membantu beberapa keluarga yang memerlukan barangan keperluan dapur serta keperluan lain diteruskan oleh Tn Hj Ishak Omar, Pn Rusilah serta beberapa rakan yang lain pada 16 November 2017 di Kg Seperi Pedas, Perkampungan Orang Asli Seperi, Rumah Rakyat Linggi, Kg Nerambai, Kg Titian Bintangor, Kg Relong, Kg Jawa Kota, Lubok China, Kg Batang Nyamor dan Kg Rincing Lama Pedas.

SEJAHTERA BERSAMA ISLAM















Rabu, 15 November 2017

Bagaimanakah nasib Kompleks Sukan Rembau yang bernilai RM27 juta nanti?



Bagaimanakah nasib Kompleks Sukan Rembau yang bernilai RM27 juta nanti?


Kemudahan tidak dijaga, MPS diminta pantau kompleks sukan di Seremban 2
15 November 2017

SEREMBAN 14- Kompleks Sukan Tan Sri Dr. Mohd Said yang terletak di Seremban 2 di sini menyediakan pelbagai kemudahan untuk orang ramai bersukan dan beriadah.

Kawasan itu sering dikunjungi sama ada pada sebelah pagi atau malam kerana terdapat kolam renang, gelanggang badminton, skuasy, hoki, gimnasium dan trek lumba.

Bagaimanapun, bagi kebanyakan pengunjung walaupun kompleks itu beroperasi lengkap dengan kemudahan berkenaan namun terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian oleh pihak bertanggungjawab terutama dari segi penyelenggaraan.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan terbabit mendapati banyak longgokan sampah serta pelepah daun kering dibuang di tempat yang tidak sepatutnya.

Berdasarkan pemerhatian, banyak pokok bunga di sekeliling kawasan itu tidak dijaga dengan sempurna.

Lebih mengejutkan sebaik memasuki pintu hadapan kompleks berkenaan kelihatan sebuah pondok pengawal yang sudah rosak dan belum dibaik pulih.

Berdasarkan pemerhatian, di dalam pondok itu terdapat wayar-wayar yang berjuntai dan kelihatan terputus dipercayai akibat perbuatan vandalisme.

Lebih membimbangkan jika wayar tersebut masih mempunyai arus elektrik dan boleh membahayakan sesiapa sahaja.

Sementara itu, seorang pengunjung, Jenny Lee, 29, meluahkan rasa kecewa kerana walaupun tempat tersebut beroperasi dengan baik tetapi keadaan persekitaran tidak bersih.

“Contohnya ada beberapa ba­ngku yang disediakan untuk orang ramai beristirehat juga dibiarkan terbengkalai.

“Apa pandangan orang luar apabila mengunjungi ke tempat ini. Mohon kepada pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dapat menjaga tempat ini sebaiknya,” katanya.